Ditubuhkan sejak tahun 1997
Persatuan Usahawan dan Industri ICT Bumiputera Malaysia (NEF)
Biografi NEF
Suara dan tulang belakang kepada pembangunan usahawan ICT Bumiputera.
Tujuan penubuhan NEF ini adalah untuk menjaga kepentingan usahawan industri ICT dan Kreatif Bumiputera dalam pembangunan dan pemerkasaan perniagaan berasaskan teknologi. Sejak awal lagi NEF telah menetapkan fokus untuk menjadi sebuah “platform” kepada usahawan ICT dan Kreatif dengan mengadakan pelbagai program dan inisiatif yang memberi peluang kepada mereka untuk berkembang di dalam industri ini. Program dan inisiatif ini adalah untuk memastikan setiap usahawan ICT dan Kreatif berada dalam saluran yang betul bagi membawa strategi perniagaan mereka pada pasaran yang lebih luas.
Sebagai sebuah organisasi yang mewakili Industri ICT dan Kreatif, ahli-ahli NEF merupakan usahawan bidang ICT dan Kreatif yang mempunyai kepakaran dan kepelbagaian sumber dalam bidang ICT dan Kreatif.
NEF telah menjalankan pelbagai program dan inisiatif seperti Open Innovation, NEF-Awani ICT Awards, Dialog Bumiputera, Online Business Financing (OBF), dan NEF-JomWeb Training. Program dan inisiatif ini banyak membantu dari segi pendedahan perniagaan dan peluang untuk mengembangkan perniagaan mereka.
Dari masa ke masa, NEF telah menjadi satu badan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan NEF telah mewujudkan kerjasama dengan beberapa agensi kerajaan demi menjaga kepentingan industri ICT dan Kreatif serta ahli-ahli NEF. NEF juga amat berharap industri ICT dan Kreatif bukan hanya dapat membantu dalam industri yang sama, tetapi juga dapat memberi manfaat kepada industri yang lain pada masa akan datang.
Fokus NEF
Pembangunan Usahawan Tekno
NEF berusaha untuk memastikan masyarakat sentiasa dibekalkan dengan pengetahuan dan maklumat terkini. Dalam usaha memastikan ini, ia menganjurkan pelbagai program pembangunan dan perkongsian ilmu. Siri programnya yang paling popular ialah NETBASH yang telah dianjurkan sejak hari-hari penubuhannya.
Akses Pasaran
Bagi mana-mana usahawan, akses pasaran adalah kunci kepada kemampanan dan pertumbuhan perniagaan. NEF membina hubungan dengan rangkaian tempatan dan antarabangsa untuk menyediakan saluran untuk ahlinya mendapat akses pasaran
Pembiayaan
Pembiayaan adalah kunci kepada usahawan baru atau bahkan bagi mereka yang telah berkecimpung dalam perniagaan.NEF memastikan dasar yang berkaitan dengan pembiayaan ditangani dengan baik dan memberi manfaat kepada masyarakat. Ia juga bertindak sebagai kumpulan pendesak untuk memperkenalkan skim pembiayaan baharu yang mencerminkan keperluan masa kini
Kreativiti & Inovasi
NEF percaya bahawa Kreativiti & Inovasi adalah teras asas untuk memastikan kemandirian & pertumbuhan. Inovasi Baharu melibatkan produk, proses, sistem, perkhidmatan, model & kaedah. NEF mewujudkan program kesedaran dan latihan untuk memastikan ahlinya terus menyediakan “produk” yang kreatif dan inovatif
2023 - 2025
Ahli Majlis NEF
Presiden
Lilyana Abdul Latiff
Naib Presiden I
Farid Nor
Naib Presiden II
Haslinda Rasip
Setiausaha
Saifol Bahri Mohamad Shamlan
Bendahari
Nuraizah Shamsul Baharin
Naib Setiausaha
Nurul Syafriza Mohd Nasir
Auditor Dalaman
Yusno Yunos
Ahli Jawatankuasa
Khairil Iszuddin Ismail
Ahmad Azlan Ahmad Shah
Rajifah Ramli
Mukram Husaini
Afifah Basir
Najiya Ilya Md Arif
Ahmad Naquiddin Mohd Faizil
Ahmad Yazid Othman